Berita Hari Ini

Rakyat Perlu Teguh Pertahankan Negara Dalam Isu Korea Utara

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa seluruh rakyat Malaysia bersatu hati dan memberi memberikan sokongan penuh terhadap usaha membawa pulang rakyat yang terkandas di Korea Utara.

Jelas beliau, tanpa mengira penyokong kerajaan mahupun pembangkang, rakyat secara keseluruhan perlu sentiasa teguh mempertahankan negara.

Saranan melalui blog Najibrazak.com itu susulan langkah Pyongyang menghalang 9 rakyat Malaysia meninggalkan Korea Utara baru-baru ini.

Semalam, 2 daripada mereka, yang berkhidmat untuk Program Makanan Sedunia PBB, dibenarkan pulang, di sebalik rundingan peringkat kerajaan.

“Malaysia menjaga hubungan baik dengan semua negara tapi tidak bermakna pihak tertentu boleh menyalahgunakan layanan baik yang kita berikan selama ini.

“Mereka tidak boleh melanggar undang-undang negara atau tidak menghormati Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat,” katanya.

Najib juga berharap rakyat Malaysia di Korea Utara dapat kembali dengan selamat dan merungkai segala persoalan mengenai pembunuhan Kim Jong Nam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");