Jenayah

Motosikal Terbabas, Pelajar Maut Ketika Balik Sekolah

Behrang : Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di Bandar Behrang 2020 maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas dan melanggar pembahagi di tengah jalan.

Kejadian malang itu berlaku di Jalan Persekutuan, Kuala Lumpur-Ipoh berhadapan Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), di sini tengah hari tadi.

Dalam kejadian jam 12.45 tengah hari, mangsa Nur Azlan Ismail, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Behrang 2020 difahamkan dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas pulang dari sekolah.

Mangsa yang berasal dari Felda Sungai Behrang yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135 mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan kepala meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut saksi kejadian berusia 40an yang enggan nama dikenali berkata, ketika kejadian mangsa sedang mengekori sebuah treler dan ketika cuba memotong treler di sebelah kanan, motosikal yang ditunggang mangsa terbabas dan melanggar pembahagi di tengah jalan itu.

Katanya, badan mangsa tercampak dan terkena tiang elektrik lalu terhumban di tengah jalan menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muallim Superintendan Ahmad Mat Isa ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Slim River untuk tindakan selanjutnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");