Panasnya Hari Ini

‘Saya Percaya Nazri Berani Muncul’ – Tun M

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir setuju untuk berdebat dengan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan berharap agar menteri berkenaan ‘berani’ muncul pada hari yang ditetapkan.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata, walaupun terdapat sedikit perubahan dibuat di mana format debat ditukar kepada format wacana, beliau tetap akan menghadirkan diri.

“Setakat ini yang kita tahu tak batal, ‘confirm’, sebelah kita saja…sebelah sana kita tak tahulah.

“Saya percaya Nazri dia berani, dia akan pergi,” katanya memetik sumber Mstar Online.

Bekas perdana menteri itu berkata beliau menerima kehadiran Nazri dalam program tersebut walaupun atas kapasiti ‘persendirian’ dan tidak mewakili kerajaan.

“Tapi dia (Nazri) datang bukan atas tanggungjawab kerajaanlah sebab kerajaan dah tolak awal-awal kata ia ‘personal’. ‘Personal’ pun tak apa kita terima semua,” katanya.

Dr Mahathir bagaimanapun menyatakan harapan agar mereka yang hadir ke program tersebut supaya tidak melakukan kekecohan sebaliknya mendengar apa yang disuarakan oleh beliau dan Nazri.

“Harap mereka yang hadir akan tertib dan dengar apa yang disuarakan, nak tanya soalan pun boleh juga,” katanya.

Wacana yang melibatkan Dr Mahathir dan Nazri ini dijangka akan membincangkan isu 1MDB dan beberapa isu lain dan bakal berlangsung pada 25 Mac ini di Padang Rengas, Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");