Isu Panas

Saya Tak Pernah Kata Tak Jadi

Datuk Seri Nazri Aziz menegaskan bahawa beliau akan tetap berdebat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Nazri berkata, tidak ada apa-apa yang boleh menyekatnya daripada berdebat dengan bekas perdana menteri itu.

Jelasnya, beliau tidak akan berganjak walaupun ditakdirkan berada dalam situasi rakan sekabinetnya, Datuk Abdul Rahman Dahlan, yang membatalkan rancangan berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

“Mengapa saya perlu (menarik diri daripada berdebat)?

“Saya Nazri Aziz, kamu patut lebih tahu saya ni macam mana. Saya bukan Rahman Dahlan,” katanya.

Semalam Nazri mengesahkan menyambut cabaran Dr Mahathir untuk berdebat mengenai isu 1MDB serta skandal kewangan awal 1980-an, Bumiputra Malaysia Finance yang dikaitkan dengan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu.

Memberikan reaksi dari luar negara, Nazri berkata, beliau akan berdebat dengan Dr Mahathir tanpa sebarang syarat, malah bersedia berseorangan berdepan berdepan dengan bekas bosnya itu.

Dr Mahathir pula menegaskan, beliau akan berdebat dengan Nazri di kawasan parlimen Padang Rengas yang diwakili menteri pelancongan dan kebudayaan sejak 1995.

Kata pembantu Dr Mahathir, persiapan sedang disusun bagi membolehkan debat itu berlangsung.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");