Perak Hari Ini

Tahun Melawat Perak Mula Beri Impak Positif

IPOH:Sepanjang dua bulan pertama berlangsung Tahun Melawat Perak (TMP), 2017, impak positif dapat dilihat menerusi kehadiran pelancong luar negara serta kerjasama baik dengan pemain agensi pelancongan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata pihaknya terus mempergiatkan usaha dengan bantuan erat daripada agensi pelancongan di negeri ini.

“Kita sentiasa menggalakkan pemain industri dari semua peringkat termasuk agensi pelancongan antarabangsa untuk bekerjasam selain mempertahankan pelancongan domestik bagi meningkatkan jumlah kehadiran pelancong luar ke negeri ini,” katanya dalam satu sidang media sejurus merasmikan bangunan baru agensi pelancongan Deluxe Tours di sini hari ini.

Turut hadir sama Pengarah Operasi Deluxe Tours, Ken Chong.

Deluxe Tours Sdn Bhd yang menyambut ulang tahunnya yang ke 33 tahun, telah berpindah ke lokasi baru di Jalan Datuk Tahwil Azhar yang kini mempunyai kakitangan seramai 30 orang serta dua bas persiaran kelolaan sendiri.

Jelasnya Nolee lagi, kemudahan pengangkutan menjadi cabaran utama dari segi pelancongan terutamanya di Bandarya Ipoh bagaimanapun ia mampu diatasi dengan bantuan daripada pelbagai agensi.

“Setakat ini perkhidmatan terdapat 10 My Bas telah disediakan bagi kawasan -kawasan pelancongan sekitar bandaraya ini dan 36 buah bas digunakan untuk ke lokasi pilihan seluruh negeri ini,” katanya lagi.

Tambahnya lagi bagi pengurusan teksi di lapangan terbang ia dibantu oleh pihak pengurusan lapangan terbang sendiri termasuk juga kerjasama daripada pihak pengurusan Terminal Amanjaya di sini.

Mengulas mengenai gejala penyakit seperti Influenza (ILI) melibatkan beberapa sekolah di negeri ini jelasnya ia sama sekali tidak menjejaskan promosi Tahun Melawat Perak 2017.

“Saya tidak merasakan ia satu kerisauan utama dan setakat ini tiada lagi rungutan dan pandangan negatif kepada industri pelancongan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");