Isu Panas

Tiada rundingan agih kerusi dengan Bersatu-Pas

KOTA BHARU – Pas menafikan dakwaan untuk sedia berunding dengan Bersatu berhubung pembahagian kerusi bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Mursyidul Amnya, Datuk Ahmad Yakob berkata, sehingga kini parti itu tidak mempunyai maklumat berkaitan perkara yang diperkatakan.

“Setakat ini tiada maklumat bahawa Pas mengajak Bersatu agihkan kerusi, cuma diberi laluan untuk bersama atas satu pentas bagi menyatakan perjuangan masing-masing.

“Kita nyatakan dasar perjuangan Pas dan sedia bersama sesiapa sahaja apabila tidak menyentuh dasar dan perjuangan kita,” katanya memetik sumber Sinar harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Pemukiman Menteri Besar bersama pimpinan kerajaan negeri besama rakyat di Parlimen Ketereh.

Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, sekiranya ada kepeluan pembahagian kerusi itu berlaku, keputusan muktamad akan ditetapkan oleh Persuruhjaya Pas negeri masing-masing.

Terdahulu Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, Pas kini bersedia dengan parti itu berhubung pembahagian kerusi bagi PRU14.

Bagaimanapun, Muhyiddin tidak menjelaskan lebih lanjut berhubung jemputan itu sebaliknya berkata Bersatu akan terus berusaha untuk meningkatkan lagi kerjasama dengan Pas bagi menghadapi PRU14 itu nanti.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");