Berita Hari Ini

Presiden Korea Selatan Dipecat

SEOUL: Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan masih mengekalkan keputusan Sidang Parlimen negara itu untuk memecat Presiden Park Geun Hye yang dikaitkan dengan skandal rasuah.

Keputusan tersebut dicapai sebulat suara oleh lapan hakim yang bersetuju menyingkirkan Geun-hye, presiden wanita pertama negara itu, daripada jawatan tertinggi tersebut memetik laporan Mstar Online.

Malah Geun-hye juga menjadi Presiden Korea Selatan pertama yang dipecat, sekali gus bakal mengakhiri bantahan ribuan rakyat yang mengadakan demonstrasi untuk meminta beliau melepaskan jawatan.

Pilihan Raya Presiden perlu dilaksanakan dalam tempoh 60 hari untuk mengisi kekosongan tersebut dan Perdana Menteri Hwang Kyo-ahn menjadi pemangku presiden serta akan menetapkan tarikh pengundian.

Keputusan untuk memecat Guen-hye diumumkan oleh Hakim Lee Jung-mi menerusi siaran langsung di televisyen.

Beliau perlu meninggalkan Rumah Biru, kediaman rasmi presiden Korea Selatan dan hilang semua imuniti eksekutif yang menghalang dia didakwa.

Geun-hye didapati melanggar undang-undang apabila membenarkan rakannya, Choi Soon-Sil mencampuri urusan negara dan mencabuli peraturan aktiviti perkhidmatan awam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");