Isu Panas

Tian Chua Masih Ahli Parlimen

Status Tian Chua sebagai Anggota Parlimen Batu tidak terlucut serta-merta walaupun beliau didenda RM3,000 oleh mahkamah hari ini, kata Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Seri Ronald Kiandee.

Jelas beliau, keputusan itu dicapai susulan Tian Chua, atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, masih boleh membuat rayuan sehingga ke peringkat Mahkamah Persekutuan.

“Jadi sehingga selesai prosesnya nanti, jika dia masih didapati bersalah, barulah kedudukannya sebagai anggota parlimen terlucut mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan,” katanya di Bangunan Parlimen di sini.

Katanya lagi, selagi proses mahkamah belum selesai maka Tian Chua akan kekal sebagai ahli Parlimen

Tian Chua yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, didenda RM3,000 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya selepas didapati bersalah menyebut perkataan mengaibkan kepada seorang pegawai polis, tiga tahun lalu.

Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, seorang anggota parlimen yang disabitkan dengan kesalahan dan dihukum penjara lebih setahun atau didenda RM2,000, akan terlucut kedudukannya sebagai anggota Dewan Rakyat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");