Perak Hari Ini

29 Pemohon RMR1M Terima Sijil Kelayakan Subsidi

TELUK INTAN: Seramai 29 orang penduduk sekitar Chenderong Balai hari ini menerima sijil kelayakan subsidi pembinaan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) sempena perasmian Mini Karnival Teras Keselamatan di Arena Square Chenderong Balai.

Penyerahan sijil tersebut disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin dimana setiap pemohon menerima subsidi sebanyak RM 31,000 yang ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan.

Pada majlis yang sama turut disampaikan sumbangan bantuan makanan kepada 150 keluarga asnaf daripada Lembaga Air Perak (LAP).

Zainol dalam ucapannya berkata, tujuan karnival ini dianjurkan adalah untuk meningkatkan kesedaran penduduk mengenai kepentingan aspek keselamatan.

“Kita ingin meningkatkan tahap kesedaran penduduk kampung tentang pentingnya keselamatan bukan sahaja di jalanraya tetapi juga di rumah dan kawasan kampung.

“Pendekatan ini dilihat lebih efektif untuk kita mendengar masalah rakyat dan kita akan membantu untuk menyelesaikan setiap masalah,” katanya.

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang mini karnival tersebut berlangsung, antaranya penukaran minyak motor secara percuma untuk 200 orang yang terawal, pemeriksaan motosikal secara percuma dan cabutan bertuah.

Turut hadir pada karnival tersebut Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalanraya Malaysia, Datuk Roslan Eusof, Pengarah JPJ Perak, Zawawi Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Teknikal NBOS Safe Road Perak, Profesor Madya Madzlan Napiah dan Pegawai Daerah Hilir Perak, Shahrunaim Radzali.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");