Perak Hari Ini

Kementerian Akan Pilih Dahulu Jenis Peranti Sesuai Bawa Ke Sekolah

LARUT:Kementerian Pendidikan masih belum memutuskan jenis alat peranti yang dibenarkan untuk dibawa oleh pelajar ke sekolah.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata pihaknya bakal mengadakan satu mesyuarat melibatkan jawatankuasa teknikal bagi memperhalusi keputusan dan jenis peranti yang dibenarkan.

“Ia adalah lontaran idea mengenai dasar pendidikan sedia ada yang tidak membenarkan pelajar membawa alat peranti ke sekolah.

“Jadi kali ini, kami bercadang untuk membenarkan pelajar membawa peranti ke sekolah tetapi keputusan kepada jenis peranti yang dibenarkan belum diputuskan,” katanya dalam satu sidang media sejurus selepas menghadiri Majlis Perasmian Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Perak di Batu Kurau hari ini.

Jelasnya lagi, mesyuarat itu akan disertai oleh jawatankuasa teknikal dan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian berkenaan bagi mendapatkan pandangan untuk mengenal jenis peranti yang bersesuaian untuk dibawa oleh pelajar.

“Sesetengah negara membenarkan gajet seperti komputer riba, jadi kita boleh fikirkan apa yang terbaik,” katanya.

Tambahnya lagi, cadangan itu diketengahkan berikutan zaman telah berubah dan teknologi semakin berkembang bagaimanapun dasar negara ini yang ada sekarang masih tidak membenarkan pelajar membawanya ke sekolah.

“Satu pekeliling akan dikeluarkan dan kenyataan rasmi mengenainya akan diumumkan selepas mesyuarat dijalankan nanti,” katanya.

Terdahulu, Kementerian Pendidikan bercadang membenarkan pelajar menggunakan alat peranti seperti komputer riba, tablet dan telefon bimbit di sekolah untuk tujuan pembelajaran.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata penggunaan alat tersebut bagi tujuan Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dalam kelas mengikut masa dan subjek yang akan ditetapkan kementerian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");