Membawang Hari Ini

Adi Putra Dan Isteri Perang Di Instagram

Tidak habis-habis lagi cerita rumah tangga pelakon Adi Putra yang baru-baru ini khabarnya sudah bercerai dengan kedua-dua isterinya.

Kalau sudah bercerai kenapa masih timbul cerita itu dan ini? Masih sayang lagi ke?

Terbaru Adi telah memuat naik kiriman mesej dari isteri kedua, Nor Shahida Zolkifly menerusi akaun Instagram miliknya.

“Saya berdoa abang berubah tapi abang tidak akan sesekali berubah. Penipu takkan pernah berhenti menipu,” itu antara kata-kata Shahida di laman instagramnya.

Dalam status itu juga, Nor Shahida berkata dia berterima kasih kerana Adi menunjukkan “wajah sebenar”, yang berbeza sama sekali dengan tanggapan awalnya.

Nor Shahida turut mendakwa Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 36, berhutang budi padanya.

“Ya, saya tiada hutang budi pada kamu, tetapi kamu ada,” tulisnya.

Adi pula kemudian dalam statusnya dilihat meminta kepastian mengenai “hutang budi” yang dimaksudkan.

“Ramai tertanya tentang hutang apa, mungkin boleh senaraikan) hutang itu,” kata Adi.

Namun setelah disemak kembali, status di media sosial itu sudah dipadam.

Kisah Nor Shahida dan Adi menjadi perbualan ramai selepas gambar pernikahan yang diadakan tanpa pengetahuan media mulai mereka tersebar di media sosial pada 16 Julai tahun lalu.

Adi kemudian tampil membuat pengakuan telah bernikah dengan Nor Shahida pada 20 Jun sebelum itu.

Isteri pertama Adi, Zuhaidah yusof atau lebih mesra dipanggil Aida dinikahi pada 14 April 2006.

Ekoran kemelut berpanjangan dalam rumah tangga, Adi pada 23 Mac lalu tampil membuat kenyataan terbuka sudah tiada lagi hubungan dengan kedua-dua isterinya itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");