Sukan Hari Ini

Ahli gusti lamar kekasih dalam gelanggang

AHLI gusti popular, John Cena bertindak melamar kekasihnya yang juga merupakan ahli gusti, Nikki Bella di dalam gelanggang, semalam.

Sebelum lamaran tersebut, Cena dan Bella bergabung tenaga melawan pesaing mereka, THe Miz dan Maryse dalam perlawanan tag campuran.

Selepas perlawanan tersebut, Cena mengambil mikrofon dan mula menceritakan momen indah beliau bersama Bella.

Cena kemudian melutut dan mengeluarkan kotak berisi cincin perkahwinan.

“Sudi anda mengahwini saya?” kata Cena.

Bela pantas mengangguk dan kedua-dua mereka berpelukan.

Menurut laporan USA Today, kedua-dua bintang gusti tersebut mula bercinta sejak 2012.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");