Panasnya Hari Ini

Allahyarham Tok Guru pandai guna ‘soft power’

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa, berkongsi tiga perkara kepimpinan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang beliau sanjungi.

Menurutnya, beliau menganggap Allahyarham bukan sebagai guru, tetapi juga ayah, dan sahabat yang sangat disayangi.

“Pertama, hormati pemimpin kumpulan lain, kita sering mendengar bahawa kehebatan ahli politik, bukankah berdasarkan berapa banyak musuh yang ditumbangkan.

“Tetapi lebih kepada berapa banyak musuh yang bertukar menjadi sahabat,” katanya ketika Seminar Pemikiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Dewan Himpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur, hari ini.

Tambahnya lagi, pemimpin yang bagus adalah ‘soft spoken’ dan pandai menggunakan ‘soft power’.

“Apa yang dimaksudkan dengan kedua-duanya ialah bagaimana Tuan Guru bijak menggunakan ‘soft power’ beliau dalam menyelesaikan masalah.

“Sebagai contoh, ketika Kelantan mempunyai krisis dengan Thailand (kerana negeri itu bersempadan), Tuan Guru berusaha sebaik mungkin untuk menyelesaikan konflik tersebut secara damai dan usahanya berjaya,” katanya lagi.

Katanya lagi, beliau juga kagum dengan usaha Allahyarham yang memartabatkan warna-warni pelbagai bangsa di Malaysia.

“Beliau amat dihormati, bukan sahaja oleh bangsa melayu tetapi oleh semua lapisan masyarakat kerana kelainannya.

“Beliau juga mempunyai misi untuk menyelinap masuk ke dalam minda orang bukan Islam dalam usaha menerangkan Islam adalah agama untuk semua kaum.

“Beliau juga tidak pernah letih untuk betulkan tanggapan Islam adalah milik orang melayu,” katanya memetik sumber Sinar Harian Online.

Sementara itu, Husam sempat menitipkan pesan buat pemimpin di Malaysia.

“Sepatutnya, pemimpin gunakan perbezaan yang ada diantara mereka dan cari persamaan masing-masing, contohi sikap Tuan Guru.

“Macam mana nak jadi pemimpin kalau kita berbeza pendapat dan asyik bertelingkah?,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");