Berita Hari Ini

Annuar Musa masuk hospital

KOTA BHARU: Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Koronari (CCU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), pagi tadi selepas mengadu sakit dada.

Abangnya, Abdul Sattar, memaklumkan keadaan Annuar kini stabil dan tidak membimbangkan, namun perlu dirawat seketika di hospital berkenaan.

“Kira-kira jam 6 pagi tadi, Tan Sri Annuar mengadu sakit dada dan pening sebelum dihantar ke HUSM untuk pemeriksaan lanjut.

“Alhamdulillah, keadaannya kembali stabil berbanding pagi tadi. Atas nasihat doktor, pelawat terpaksa dihadkan kepada keluarga terdekat sahaja bagi membolehkan adik saya berehat,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Abdul Sattar turut meminta orang ramai mendoakan supaya Annuar kembali pulih.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");