Isu Panas

Bersatu terpaksa bahagi tugas, bukan berpecah

SHAH ALAM – Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan bahawa parti itu memiliki pendapat berbeza seperti yang didakwa sesetengah pihak berikutan situasi di mana beliau dan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sering menghadiri majlis berasingan.

Menurutnya, pembahagian tugasan terpaksa dilakukan memandangkan parti itu kekurangan tenaga dan ia juga bergantung terhadap penerimaan orang awam dalam sesuatu majlis.

“Kita terpaksa membahagi-bahagikan tugas. Tak boleh semuanya dilakukan bersama. Ada tugas yang diberi kepadanya (Muhyiddin) kerana dia diterima, saya pula kurang diterima.

“Kita juga tidak mempunyai tenaga yang banyak, jadi kadang-kadang mungkin Muhyiddin dan mungkin saya,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, perpaduan menerusi Pakatan Harapan adalah pencapaian terbaik dengan satu tujuan yang sama.

“Pencapaian perpaduan ini, walaupun nampak tak begitu kemas tapi ia satu kejayaan yang cukup besar.

“Kita mempunyai empat parti, walaupun masing-masing mempunyai tujuan yang tidak sama, umpamanya PKR dengan reformasi, Amanah tujuan lain, Bersatu pun lain, tapi kita bersetuju dengan satu tujuan bahawa Najib mesti disingkirkan,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai situasinya yang kini berada di barisan pembangkang, Mahathir mengakui tidak ada perkara yang kekal dalam arena politik.

“Saya sekarang boleh duduk dengan Lim Kit Siang dan Mat Sabu, ini perkara yang tak pernah terfikir manusia. Kita jangan mudah anggap bahawa orang yang dahulu bermusuh dan sekarang juga bermusuh.

“Dalam politik tidak ada kawan yang kekal dan tidak ada musuh yang kekal,” katanya memetik sumber Sinar Harian Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");