Membawang Hari Ini

Che Ta Tidak Mahu Hamil Lagi

Kalau lihat keluarga Rozita Che Wan, pasti peminat mereka akan cemburu dengan keakraban dan kasih sayang antara mereka.

Berbicara mengenai kekeluargaan, Che Ta yang sering diajukan soalan jika mahu menambah anak lagi memberitahu beliau sudah cukup bahagia dan gembira dengan tiga anak yang dianugerahkan kepadanya.

Jelas beliau, walaupun suaminya telah berusaha untuk menambah cahaya mata namun Che Ta akui bahawa beliau tidak mahu hamil lagi.

Che Ta mengakui perbezaan usia 10 tahun antara beliau dan Zain bukan alasan untuk enggan hamil lagi sebaliknya pelakon jelita itu memikirkan faktor ekonomi keluarganya.

Katanya, tiga cahayamata Ammar, Aniq dan Aaisyah Dhia Rana disifatkan sebagai anugerah terindah untuknya.

Biarpun kini berusia 43 tahun, Che Ta masih menjadi minat ramai lelaki terutama lelaki yang jauh lebih muda darinya.

Sementara itu, anak comel Che Ta dan Zain, Aaisyah yang kini berusia dua tahun bakal muncul dalam program realitinya sendiri.

Little Princess Aaisyah bakal bersiaran di Saluran Astro RIa dan Ria GD 12 April ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");