Perak Hari Ini

BN Perak Tolak Calon Ada Rekod Kalah PRU

IPOH: Barisan Nasional (BN) Perak tidak akan memilih anggota parti yang ada rekod kekalahan sebanyak dua kali pada Pilihan Raya Umum (PRU) sebagai calon PRU akan datang.

Mengambil langkah lebih proaktif, Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir memberitahu hanya calon yang popular dikalangan rakyat sahaja akan diberi keutamaan.

“Kita ambil pendekatan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada calon yang berpotensi besar serta muka-muka baru untuk bertanding.

“Kepada calon yang pernah bertanding tetapi kalah saya nasihatkan jika sudah dua kali bertanding masih kalah, tidak perlulah dicalonkan lagi untuk bertanding.

“Tetapi sekiranya calon itu masih dikehendaki di kawasannya, kita akan membuat penilaian yang sewajarnya,” katanya pada satu sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan, hari ini.

Beliau juga mengatakan kriteria utama yang dinilai perlu ada pada seseorang calon itu adalah populariti calon itu dan juga penerimaan rakyat terhadap calon itu.

“Kriteria utama yang perlu ada pada seseorang calon adalah populariti beliau di kalangan rakyat. Adakah beliau selalu turun padang atau tidak? Adakah rakyat dapat menerima dan undi calon tersebut?

“Latar belakang pendidikan yang baik sahaja tidak cukup jika calon itu tidak popular di kalangan rakyat kerana rakyat di kawasan berkenaan yang akan mengundi dan memilih,” katanya.

Walaubagaimanapan, jelas Zambry, pihak parti hanya boleh mencadangkan calon-calon yang berpotensi namun segala keputusan akan ditentukan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Pengerusi BN ada cara tersendiri dan beliau mempunyai segala maklumat berkaitan dengan calon yang hendak dikemukakan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");