Sukan Hari Ini

Bottas Kecewa Diarah Benarkan Hamilton Pintas

MANAMA: Valttteri Bottas mengakui kecewa kerana diminta untuk membiarkan rakan sepasukannya di Mercedes, Lewis Hamilton memintasnya ketika saingan perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Bahrain, di sini semalam.

Memetik sumber AFP, pemandu dari Finland berusia 27 tahun memulakan perlumbaan di petak hadapan tetapi gagal memberikan saingan kompetitif apabila bergelut dengan masalah tayar belakang jenteranya.

Bottas terpaksa akur apabila menamatkan perlumbaan di tempat ketiga di belakang juara, Sebastian Vettel dari Ferrari manakala Hamilton di tempat kedua.

“Secara jujurnya, sebagai pemandu perlumbaan ia adalah perkara yang paling buruk kamu mahu dengar. Namun, itulah hakikatnya…biarpun saya tidak menggemarinya tetapi saya perlu memainkan peranan sebagai satu pasukan,” kata Bottas.

Mesej daripada radio pasukan yang dapat didengar menyaksikan Bottas diberi arahan untuk membiarkan Hamilton memintasnya pada pusingan akhir perlumbaan yang diselubungi tiga insiden.

“Sudah pasti saya melakukannya kerana Lewis ada potensi untuk mencabar Sebastian. Akhirnya, ia tidak berlaku tetapi pasukan cuba dan saya faham.

“Secara peribadi, ia situasi yang sukar untuk saya tetapi inilah kehidupan. Saya tidak mempunyai kelajuan yang cukup hari ini dan kita perlu mencari sebab untuk masalah itu,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");