Perak Hari Ini

Hospital Taiping Anjur Pameran Hari Kesihatan Sedunia dan Bulan Kesedaran Autisma

TAIPING: Bersempena dengan sambutan Hari Kesihatan Sedunia, Hospital Taiping telah menganjurkan Pameran Hari Kesihatan Sedunia dan Bulan Kesedaran Autisma bagi tahun 2017 pada 7 April lalu.

Tema sambutan Hari Kesihatan Sedunia pada tahun ini adalah Kemurungan: Mari Bincang.

Menurut Ketua Pengarah Hospital Taiping, Dr. Haji Kamaruddin Haji Alias, sambutan yang diadakan dengan tema berbeza setiap tahun itu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu-isu khusus berkaitan kesihatan global semasa.

Dalam ucapannya, beliau mengatakan bahawa masalah kemurungan telah menyumbang sebanyak 4.4% daripada beban penyakit global keseluruhan di mana ianya merupakan salah satu penyebab terbesar morbiditi.

“Akibat kemurungan yang serius boleh membawa kepada cubaan mencederakan atau mengambil nyawa sendiri. Apa yang turut merisaukan ialah peningkatan kes bunuh diri di negara ini dengan 60 kes setiap bulan seperti yang dilaporkan oleh National Suicide Registry.

“Ini tidak termasuk kes-kes percubaan membunuh diri dan kes-kes yang tidak didaftarkan atau tidak dapat disahkan sebagai bunuh diri, katanya.

Menurut beliau juga Tema “Kemurungan: Mari Bincang” bertujuan untuk meningkatkan kefahaman masyarakat awam mengenai kemurungan dan menggalakkan mereka yang mengalami kemurungan untuk mendapatkan bantuan atau rawatan.

Turut diadakan sambutan Bulan Kesedaran Autisma (Autism Awareness Month) yang diadakan setiap bulan April.

Menurut Kamaruddin, program yang diadakan sepanjang bulan April ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang masalah Autism yang dihadapi oleh sebilangan individu dari semua peringkat umur.

Beliau juga berharap agar pameran sebegini dapat menjadi wacana untuk menyebarkan maklumat yang berguna kepada masyarakat mengenai isu kemurungan dan autisma.

Turut hadir Ketua Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Taiping, Dr Eni Rahaiza Muhd Ramli, Pakar Psikiatri Hospital Taiping, Dr Choo Shell Pinn dan Dr Naemah Abdul Rahim.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");