Jenayah

Dicekup Ketika Asyik Layan Pelanggan

Georgetown: Jabatan Imigresen Pulau Pinang menahan 69 wanita dan tiga lelaki warga asing menerusi Ops Ikrar di tiga lokasi di seluruh negeri malam tadi.

Operasi bermula dari 9 malam hingga 1 pagi itu membabitkan sepasukan 37 pegawai penguat kuasa Jabatan Imigresen Negeri.

Jurucakap berkata, dalam serbuan pertama sebuah pusat karaoke di Jalan Magazine diperiksa dan pihaknya menahan 25 wanita China dan 29 wanita Vietnam dan masing-masing seorang lelaki Vietnam dan Myanmar berusia antara 25 hingga 35 tahun.

Memetik sumber Harian Metro, difahamkan mereka ditahan ketika sedang asyik melayan pelanggan dan didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan bekerja di negara ini.

“Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) akta sama dan mereka kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Jabatan Imigresen negeri untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen negeri, Khwaja Banthey Mohamed Haneef ketika dihubungi mengesahkan operasi itu dan siasatan masih lagi dijalankan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");