Berita Hari Ini

Grab, Uber bakal jadi perkhidmatan sah

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan e-hailing seperti Grab dan Uber bakal menjadi perkhidmatan yang sah di Malaysia apabila pindaan Rang Undang-undang Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan 1987 diluluskan kelak.

Rang Undang-undang (RUU) itu dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri, untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, hari ini.

RUU itu antara lain bagi mengadakan peruntukan bahawa kenderaan e-hailing menjadi suatu perkhidmatan kenderaan awam yang tertakluk kepada suatu lesen perniagaan pengantaraan yang dikeluarkan.

Ia juga mentakrifkan kenderaan e-hailing sebagai suatu kenderaan motor yang muatan duduknya empat orang dan tidak lebih daripada sebelas orang termasuk pemandu yang digunakan untuk membawa orang dalam mana-mana perjalanan sebagai balasan bagi tambang perseorangan atau berasingan bagi setiap satunya.

“Yang perkiraan, penempahan atau transaksi dan tambang bagi perjalanan itu dipermudah melalui suatu aplikasi elektronik mudah alih yang disediakan oleh suatu perniagaan pengantaraan,” katanya memetik sumber Berita harian.

Sementara itu, Rang Undang-Undang Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017 yang memperuntukkan penubuhan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Bacaan kali pertama itu dibentangkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Berdasarkan RUU itu, penubuhan AKSEM bertujuan mengawal sempadan darat negara daripada apa-apa kegiatan penyeludupan atau aktiviti lain yang salah di sisi undang-undang.

Selain itu, antara cadangan fungsi agensi berkenaan meliputi membuat syor mengenai perkara yang berkaitan dengan keselamatan sempadan darat negara.

Agensi itu juga dicadangkan berfungsi untuk menerima apa-apa laporan bagi pelakuan suatu kesalahan berhubung dengan kegiatan penyeludupan atau aktiviti lain yang menyalahi undang-undang di sempadan darat Malaysia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");