Perak Hari Ini

PAFA Beri Komitmen Tangani Isu Integriti

IPOH: Perak sememangnya mengambil serius dalam isu membanteras gejala rasuah di setiap peringkat dan golongan termasuk juga atlit-atlit.

Selaras dengan itu, Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) hari ini telah mengadakan Majlis Ikrar Bebas Rasuah bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang melibatkan seramai 380 orang terdiri dari pegawai-pegawai, jurulatih dan para pemain.

Menurut Presiden PAFA, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, pihaknya sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan SPRM dan akan berusaha memastikan persatuan itu bebas dari sebarang gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

“Matlamat kita sebenarnya bukanlah kerana kita mencurigai sesiapa tetapi kita ingin pastikan kita bersih dari segala amalan rasuah ini.

“Kita ingin pastikan supaya pemain-pemain dan pegawai kita dapat menunjukkan integriti yang tinggi dan semangat serta komitmen kita terhadap para penyokong kerana sentiasa mengharapkan permainan yang bersih,” katanya.

Ikrar bebas rasuah itu juga turut disaksikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Azam Baki.

Azam dalam ucapannya mengatakan, SPRM menghargai sikap keterbukaan PAFA untuk mengadakan majlis ikrar dan bekerjasama dengan SPRM.

“Saya ucapkan tahniah kepada PAFA dan saya hargai sikap keterbukaan PAFA untuk bekerjasama dengan SPRM. Pihak SPRM akan sentiasa sedia membantu untuk meningkatkan kecemerlangan sukan bola sepak di Perak.

“PAFA merupakan persatuan bola sepak yang kedua selepas Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengadakan ikrar bebas rasuah ini,” katanya.

Pada majlis yang sama, sijil-sijil penghargaan telah disampaikan oleh SPRM kepada pasukan Liga Super 2017, Liga Perdana PKNP FC, pasukan Piala Presiden Perak, pasukan Piala Presiden PKNP FC, pasukan Belia A dan B dan pasukan Bola Sepak Wanita Perak.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");