Perak Hari Ini

Guna Pelan Pembangunan Luar Bandar Elak Penghijrahan

IPOH: Kerajaan Negeri mengunakan Dasar Perancangan Fizikal Desa Negara 2030 bagi mengatasi masalah penghijrahan masyarakat luar bandar ke bandar yang dilihat semakin meningkat di beberapa lokasi di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Perladangan, Penerangan dan Pembangunan Modal Insan, Datuk Saarani Mohamad berkata dasar itu digunakan bagi mengenalpasti lokasi sesuai untuk pelaksanaan projek luar bandar.

“Bagi mengurangkan kadar penghijrahan dari luar bandar ke bandar kerajaan negeri telah merangka pelan Pembangunan Luar Bandar dan menerusi Jawatankuasa Perancangan negeri bilangan (1) 2017 hingga 27 Febuari 2017 dimana ia adalah langkah kerja bersepadu untuk mengenalpasti lokasi sesuai untuk projek luar Bandar,” katanya dalam sesi soalan lisan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Tambahnya lagi, kerajaan negeri turut menyedari akan kemerosotan bilangan pelajar di sekolah luar bandar dan perkara itu dikaitkan dengan satu faktor utama iaitu bilangan keluarga yang semakin berkurangan disebabkan penghijrahan.

“Melalui dasar perancangan Fizikal Negara ia melibatkan 5 teras yang dirangka untuk menyokong satu pengurusan mampan di setiap lokasi luar bandar.

“Antara terasnya iaitu melibatkan pengurusan mampan alam sekitar desa, pengukuhan daya huni desa, ekonomi desa dan pengurusan desa berdaya saing.

“Ia akan dilaksanakan menerusi 17 penyataan dasar 46 strategi dan 114 langkah yang berperanan menyediakan kemudahan awam dan infrastuktur baik dan mencukupi, meningkatkan dan mempelbagaikan ekonomi desa, kepelbagaian sumber daya sedia ada yang mampan dan menyokong komoditi berdaya maju dan biodiversiti desa,” katanya lagi menjawab soalan tambahan ADUN Chenderoh Datuk Zainun Mat Noor.

Tambahnya lagi sekiranya suasana kehidupan luar bandar lebih menarik,selamat dan berdaya saing ia membantu mengurangkan penghijrahan penduduk luar bandar untuk kekal menetap di lokasi itu.

Sementara itu beliau turut menjelaskan bagi mengatasi masalah kekurangan murid di sekolah luar bandar, polisi Kementerian Pendidikan Malaysia tidak bercadang untuk menutup sekolah tersebut.

Malah ujarnya, kajian telah dilaksanakan untuk langkah mengabung atau memindahkan sekolah ke lokasi baru sekiranya terdapat keperluan dan ia akan dilaksanakan sekiranya mendapat persetujuan 100 peratus daripada ibu bapa dan komuniti setempat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");