Perak Hari Ini

“Ibu Bapa Jangan Hanya Tahu Tunding Jari Pada Pendidik”- Mahdzir Khalid

LARUT: Ibu bapa tidak boleh menyerahkan tanggungjawab mendidik anak-anak mereka seratus peratus kepada pihak sekolah sahaja.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata semua ibu bapa memainkan peranan penting dalam usaha memastikan anak-anak mendapat ilmu pendidikan yang sempurna.

“Para ibu bapa perlu sedar bahawa anak-anak berada di sekolah hanya enam jam sehari, manakala masa mereka di rumah dan di bawah pengawasan ibu bapa melebihi 18 jam.


“Oleh itu, tidak wajarlah jika mereka menuding jari menyalahkan para pendidik apabila anak-anak kita tidak berjaya dalam akademik,”katanya semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Perak, Batu Kurau, di sini, hari ini.

Terdahulu Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan merasmikan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampong Perak, Batu Kurau di sini hari ini.

Jelasnya lagi, Kementerian Pendidikan sentiasa menggalakkan ibu bapa bekerjasama dengan pihak sekolah melalui Program Sarana demi kebaikan anak-anak kita.

“Para pendidik pula perlu mentranformasikan kaedah pengajaran dan sentiasa mengikut perkembangan pendidikan terkini.

Jelasnya usaha itu perlu dalam menjayakan perpaduan dan hasrat negara untuk menrialisasikan Gagasan 1 Malaysia.

“Penggunaan kaedah pengajaran abad ke-21 akan dapat merangsangkan minda dan menyuntik ilmu kepada semua murid yang pastinya akan melahirkan anggota masyarakat yang berilmu dan berpendapatan tinggi pada masa akan datang.

“Kejayaan sesebuah sekolah berkait rapat dengan peranan para pendidiknya dan para pendidik juga perlu melaksanakan tanggungjawab masing-masing sebaik mungkin selaras dengan profesion keguruan.

“Namun begitu, kerjasama yang mantap dengan ibu bapa dan komuniti setempat tidak boleh diketepikan dalam usaha melahirkan sebuah sekolah yang cemerlang,” katanya.

Tambah Mahadzir lagi, para pendidik turut berada di saf hadapan untuk menyemai dan memupuk perpaduan, semangat patriotisme, menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran; serta membentuk akhlak dan jati diri anak didiknya dalam usaha melahirkan modal insan yang cemerlang.

Terdahulu Majlis perasmian ini adalah bersempena dengan sambutan ulang tahun keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Tahun 2016.

Kerja pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Perak telah dimulakan pada 20 Januari 2011 dan telah siap sepenuhnya pada 2 Ogos 2013.

Sekolah ini telah diserahkan kepada Kementerian Pendidikan pada 13 September 2013 yang mengandungi 22 kelas dan mula beroperasi pada 1 Oktober 2013 dengan jumlah murid pada tahun ini seramai 537 orang, 49 orang guru dan 6 orang staf sokongan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");