Perak Hari Ini

Sultan Perak Rasmi SMK Kampong Perak

LARUT: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan merasmikan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampong Perak, Batu Kurau di sini, hari ini.

Sekolah yang dibina di atas tanah seluas 10.6 hektar dengan membabitkan kos pembinaan berjumlah RM35.6 juta itu memiliki 22 buah kelas dan menempatkan seramai 537 pelajar dan 49 guru.

Sekolah bagi kategori luar bandar itu mula dibina pada 20 Januari 2011 dan telah mula beroperasi sejak 1 Oktober 2013.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Ahli Parlimen Larut yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");