Perak Hari Ini

‘Jangan Ada Pergaduhan Kaum Di Perak’ – Zambry

TELUK INTAN: Bagi memastikan perpaduan kaum di Malaysia khususnya negeri Perak sentiasa terjamin, kerajaan negeri akan bekerja keras untuk mengekalkan perpaduan kaum di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, perpaduan kaum merupakan aspek penting yang sentiasa menjadi perhatian kerajaan negeri dalam usaha untuk memastikan kesepaduan dan keamanan dapat dikekalkan sampai bila-bila.

“Kerajaan negeri akan bekerja keras untuk mengekalkan perpaduan kaum di negeri Perak. Di Perak ini bukan sahaja ada orang Melayu, Cina dan India, tetapi ada juga orang Sikh dan Siam.

“Jadi saya harap janganlah kita hendak bergaduh sesama kaum. Saya tidak mahu ada sebarang pergaduhan kaum di negeri Perak, sebaliknya kita perlu bersama-sama pelihara perpaduan kaum ini,” katanya ketika menghadiri sesi perjumpaan bersama masyarakat Cina di SJKC Phooi Yong, Pasir Berdamar, hari ini.

Tambah Zambry lagi, beliau mahu Perak menjadi negeri yang aman tanpa sebarang isu pergaduhan kaum.

Ketika diminta mengulas mengenai sambutan program hari pertama sempena Permukiman Daerah Menteri Besar, Zamby menyatakan beliau bersyukur dengan sambutan yang diberikan oleh rakyat di Teluk Intan adalah amat baik.

“Saya bersyukur dengan sambutan yang diterima untuk hari pertama ini, sebentar tadi saya telah mengadakan perjumpaan dengan masyarakat India dan sekarang dengan masyarakat Cina dimana kedua-duanya memberikan sambutan yang baik.

“Ahli-ahli exco juga telah memulakan program masing-masing dan saya difahamkan semuanya mendapat sambutan yang baik,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");