Perak Hari Ini

Jangan ganggu siasatan pihak polis – Zambry

IPOH: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menasihatkan agar wakil-wakil rakyat tidak membangkitkan sebarang isu yang masih dalam siasatan pihak polis ketika sesi berbahas.

“Saya ingin terus menasihatkan kesemua wakil-wakil rakyat agar tidak membangkitkan sebarang isu yang masih di dalam siasatan pihak polis. Saya minta juga jangan dibuat sebarang tuduhan yang melulu terhadap seseorang itu.

“Perkara ini pastinya akan menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak polis. Sikap sebegini sememangnya tidak dibenarkan di dalam dewan dan saya mohon mana-mana wakil rakyat yang berbuat sedemikian untuk menarik semula kenyataan beliau,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Dalam masa yang sama, Zambry juga menjelaskan kedudukan kadar jenayah di negeri Perak telah mencapai penurunan namun terdapat segelintir pihak yang sering memainkan isu tersebut hingga merisaukan rakyat.

“Kadar jenayah di Perak sekarang ini telah mencapai penurunan, namun ada segelintir pihak yang sering memainkan isu-isu ini sehingga membuatkan rakyat risau.

“Kalaupun ada berlakunya kegiatan-kegiatan jenayah di Perak, menjadi tanggungjawan kita semua untuk bekerjasama dengan pihak polis untuk membanteras kegiatan ini,” katanya.

Beliau juga berkata, kerajaan negeri sentiasa memberi penekanan untuk mewujudkan persekitaran yang aman, selamat dan damai untuk rakyat Perak.

“Kerajaan negeri sentiasa memberi penekanan untuk mewujudkan persekitaran yang aman, selamat dan damai agar rakyat semua dapat keluar daripada perasaan takut, bimbang dan merasa tidak aman.

“Saya ucapkan tahniah kepada pihak polis yang sentiasa menjaga keselamatan kita semua siang dan malam,” katanya.

Zambry juga menegaskan agar tiada mana-mana pihak melindungi sebarang kegiatan jenayah seperti kongsi gelap dan sebagainya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");