Perak Hari Ini

Jangan Lindungi Penjenayah Kongsi Gelap Dan Underground Di Perak – Zambry

IPOH: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir memberi amaran tegas kepada semua pihak termasuk wakil rakyat, badan kerajaan dan swasta.supaya tidak melindungi penjenayah.

Jelas beliau, kerajaan negeri tidak akan berkompromi dan memastikan hukuman paling tegas dikenakan sekrianya ada mana-mana pihak yang bertindak melindungi penjenayah.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Majlis Keselamatan Negeri berkata, amaran tersebut tidak tertakluk kepada individu tertentu semata-mata sebaliknya ia turut melibatkan pemimpin politik.

“Saya ingin tegaskan di sini, saya tidak mahu ada mana-mana pihak yang cuba untuk melindungi sebarang kegiatan jenayah seperti kongsi gelap dan underground.

“Buat masa ini kami masih tidak menerima sebarang laporan mengenai perlakuan melindungi kegiatan jenayah ini. Namun,sekiranya mereka didapati menganggu dan menggugat keselamatan negeri, mereka akan ditangkap pihak berkuasa,” jelasnya.

Pada sidang media yang sama, Zambry turut mengatakan beliau agak terkejut kali ini ekoran sesi perbahasan telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah yang tidak diingini.

“Ini adalah sesuatu yang mengejutkan apabila kali ini ketua pembangkang bersikap begitu baik tidak seperti sesi-sesi yang lepas di mana selalunya akan berbahas dengan penuh emosi tetapi kali ini beliau hanya membaca teks dan mengikut adab sopan.

“Jadi sesi perbahasan ini tidak diganggu langsung dan saya yakin ini juga mungkin telah dibincangkan terlebih dahulu oleh pihak pembangkang,” katanya dalam sidang media di Bilik Media sempena Sidang DUN Perak hari ini.

Menurut Zambry juga, perbahasan kali ini lebih tertumpu kepada fakta-fakta dan isu-isu yang dibahas dengan baik tanpa menggunakan sebarang bahasa yang kasar.

“Dapat saya lihat di sini, perbahasan dari kedua-dua belah pihak telah berjalan dengan baik tanpa menggunakan bahasa yang kasar, memaki hamun dan menggunakan pendekatan yang celupar.

“Kita juga dapat mencatat isu-isu yang telah dibangkitkan dan ianya akan dirangkulkan dan disimpulkan dalam sesi penggulungan nanti,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");