Perak Hari Ini

Pencemaran Sungai Bernam: Kerajaan Perak Telah Ambil Tindakan

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak, Datuk Rusnah Kassim menegaskan bahawa kerajaan negeri telahpun mengambil tindakan terhadap isu pencemaran Sungai Bernam.

Menurut beliau, perkara itu telah lama diperbincangan dan jabatan-jabatan berkaitan juga sudah membuat siasatan dan tindakan bagi mengenalpasti punca pencemaran itu berlaku.

Namun jelas beliau, perbincangan yang dilakukan sebelum ini bukan sahaja telah melibatkan wakil-wakil dari jabatan berkaitan sebaliknya ia turut diserta oleh kumpulan nelayan dan pemilik lading berhampiran sungai berkenaan.

“Dalam perbincangan serta mesyuarat itu yang telah kita adakan sebelum ini, pengadu itu sendiri hadir dan sebab itu kita agak terkejut apabila isu ini keluar balik dalam akhbar.

Rusnah menambah, pencemaran sungai bernam yang tercemar telah menyebabkan pendapatan nelayan-nelayan tergugat.

Jelas beliau , nelayan-nelayan berkenaan terpaksa menanggung kerugian dimana sebelum dianggarkan mampu memperoleh RM2000 sebulan namun kini mereka hanya mampu mengutip hasil RM 20 sehari.

“Ada wakil mereka mahukan supaya kerajaan negeri serta jabatan-jabatan berkaitan mengambil tindakan, jadi apa yang saya bincangkan dengan jabatan perikanan dan juga alam sekitar serta pejabat daerah adalah kita telah turun padang dan ambil sampel air sungai itu.

“Sampel air itu memang kita dapati kandungan ammonia itu agak tinggi dan kemungkinan besar bahawa ammonia itu datangnya daripada satu ladang ayam di sebuah kampung berhampiran.

“Tapi itu pun belum dapat kita sahkan secara nyata disebabkan ammonia yang ada di sungai ini boleh datang daripada peladangan-peladangan yang lain sebab itu kita akan jalankan siasatan dengan jabatan alam sekitar untuk mengambil tindakan,” katanya pada sidaang media di Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak, hari ini.

Bagaimanapun jelas beliau lagi, kerajaan negeri sememangnya tidak akan memandang ringan akan perkara itu berikutan ia melibatkan isu pencemaran.

“Perkara ini telahpun kita ambik tindakan dan puan Pegawai Daerah juga telah memberikan tempoh masa kepada ladang ayam itu untuk menambah baik sistem kumbahan ayam dia sehingga 31 Mei ini sebenarnya.

“6 bulan lalu kita dah maklumkan perkara ini dan sekiranya kita dapati syarat-syarat itu tidak dipatuhi dan kita dapat pengesahan bahawa pencemaran sungai berlaku betul-betul disebabkan ammnonia dari ladang ayam itu maka kerajaan negeri tidak akan teragak-agak untuk menutup lading tersebut atau mengambil tindakan yang lain,” katanya.

 

 

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");