Berita Hari Ini

`KDN Tak Rakam Panggilan Telefon’

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak pernah mengeluarkan peraturan komunikasi baharu termasuk merakam semua panggilan telefon atau memantau media sosial dalam kalangan orang ramai di negara ini.

Memetik sumber Berita Harian Online, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata, ia adalah mesej palsu yang dikitar semula di media sosial sejak semalam dan bukan dikeluarkan oleh KDN.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai berhati-hati dengan penularan mesej palsu itu dan tidak menyebarkannya.

Sejak semalam, mesej menerusi aplikasi WhatsApp dan Facebook tersebar kononnya KDN mengenakan peraturan komunikasi baharu berkuat kuasa semalam yang mana semua panggilan akan direkodkan manakala semua rakaman panggilan telefon disimpan.

Mesej itu mendakwa KDN akan memantau WhatsApp, Twitter, Facebook dan semua media sosial serta forum, selain kononnya ada peranti disambungkan ke sistem KDN.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");