Berita Hari Ini

Kementerian Sumber Asli beri SPRM kerjasama siasat

PUTRAJAYA – Kementerian Sumber Asli (NRE) akan memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan terhadap pegawai-pegawai jabatan di bawah kementerian itu yang ditahan.

Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memberi jaminan bahawa NRE dan jabatan-jabatan di bawahnya akan terus menyokong usaha SPRM dalam membanteras gejala rasuah dan penyelewengan.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu di sini, hari ini susulan laporan penahanan pegawai-pegawai Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Wan Junaidi menegaskan bahawa NRE dan jabatan berkenaan akan memberi kerjasama penuh berhubung siasatan SPRM terhadap pegawai-pegawai yang masih dalam dalam siasatan.

“Kerjasama penuh juga akan diberikan berhubung siasatan SPRM terhadap pegawai-pegawai yang telah dihadapkan ke mahkamah berkaitan kesalahan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa,” katanya. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");