Perak Hari Ini

PKNP FC tewaskan Negeri Sembilan

IPOH: PKNP FC berjaya mencatat kemenangan 1-0 ke atas Negeri Sembilan dalam saingan Piala Presiden 2017 di Mini Stadium 1Malaysia, Chemor petang tadi.

PKNP FC membuka jaringan pada minit ke-22 hasil tandukan penyerang Muhammad Saiful Rizal Termize yang berjaya menewaskan penjaga gol Negeri Sembilan, Muhamad Faris Muhamad Kamaruidin.

Permainan pada separuh masa pertama lebih banyak dikuasai PKNP FC namun tiada percubaan yang berjaya menembusi gawang pihak lawan.

Negeri Sembilan hampir mendapat gol penyamaan pada minit ke-41, namun percubaan Sean Eugene Selvaraj hanya melepasi palang gol PKNP FC.

Babak pada separuh masa kedua menyaksikan kedua-dua pasukan menggandakan asakan ke gawang lawan masing-masing.

PKNP FC berpeluang untuk menambah jaringan melalui rembatan dari Muazzim Abd Khalil pada minit ke-66, namun berjaya ditepis oleh penjaga gol Negeri Sembilan dan percubaan susulan Muazzim hanya tersasar melepasi pintu gol.

Kedua-dua pasukan kemudiannya dilihat buntu selain gagal menggunakan kesempatan bagi menambah jaringan hingga ke wisel penamat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");