Panasnya Hari Ini

Kenaikan Harga Minyak Masih Terkawal

KUALA LUMPUR: Kerajaan melihat kaedah pengapungan terkawal secara mingguan bagi penetapan harga minyak adalah bertepatan buat masa ini.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, ini kerana penetapan harga di Malaysia dipengaruhi pasaran bahan api dunia yang tidak tetap.

Bagaimanapun menurutnya, kerajaan bersedia mengambil inisiatif membantu rakyat sekiranya harga minyak terus meningkat.

“Jika dilihat pada pemulaan kaedah pengapungan secara mingguan ini dilaksanakan, sebanyak 17 sen diturunkan bagi RON95 dan 19 sen (RON97) serta sembilan sen (Diesel)…Masyarakat masih lagi mendapat manfaat kerana harganya masih munasabah dan terkawal.

“Namun jika harga minyak terus meningkat dengan mendadak, kita akan lihat bagaimana untuk membantu golongan bawahan ini mendapat tambahan dari segi bantuan. Namun pada masa ini, belum ada keperluan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program MyPrihatin Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) peringkat Parlimen Titiwangsa di sini, semalam.

Beliau mengulas mengenai isu kenaikan harga minyak sebanyak dua kali yang dilihat membebankan rakyat.

Pada masa sama, Johari tidak menolak kemungkinan peperangan di Syria turut memberi impak kepada kenaikan harga minyak dunia.

“Apabila ada serangan dari Amerika Syarikat terhadap negara itu (Syria) yang merupakan pengeluar minyak di rantau Asia Barat. Maka pelbagai pihak berpendapat bekalan minyak dunia akan terganggu…ini antara sebab berlaku peningkatan harga minyak secara mendadak,” katanya, memetik sumber Sinar Harian Online.

Pada Ferbruari, kerajaan umumkan kenaikan harga petrol RON95 dan RON97 naik 20 sen.

Rabu lalu harga runcit mingguan bagi petrol dan diesel diumumkan naik berkuasa 6 hingga 12 April.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");