Sukan Hari Ini

KJ Jadi RIMAU

SUBANG JAYA: Penantian sejam pelajar dan guru pada Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Tun Dr Ismail (2) di sini berakhir dengan kejutan gimik tetamu kenamaan.

Memetik sumber Berita Harian Online, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin ‘bersembunyi’ dalam kostum RIMAU yang menjadi maskot temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Sebaik membuka bahagian kepala maskot itu, pelajar dan guru bersorak gembira kerana tetamu yang ditunggu di Stadium Arena Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sebenarnya ‘berada’ dalam kostum maskot yang diraikan kedatangannya.

Berucap pada majlis itu, Khairy mengakui sengaja membuat gimik berkenaan untuk menceriakan penonton.

Bagaimanapun, sambil berseloroh, Khairy meminta video dan gambar beliau menari tidak dimuat naik dalam You Tube atau laman sosial.

Katanya, SK Taman Tun Dr Ismail (2) adalah antara 33 sekolah terpilih mempromosi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

“Menyarung maskot ini membolehkan saya menyelami perasaan mereka yang memakainya. Nampak mudah tapi sebenarnya berat,” katanya berucap pada kejohanan itu.

Harimau Malaya yang dinamakan sebagai RIMAU, dipilih sebagai maskot temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 atau Kuala Lumpur 2017 berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos ini.

Ia melambangkan singkatan kepada Hormat, Berwibawa, Tangkas, Bersikap Positif dan Bersatu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");