Panasnya Hari Ini

Melampaui batas tatasusila: Muhyiddin

PETALING JAYA – Kenyataan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya melampaui batas tatasusila, kata Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, kenyataan seumpama itu turut dibimbangkan boleh menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat.

“Tokoh-tokoh agama boleh memberikan penjelasan apakah pendirian Islam sebenar dalam soal ini.

“Itukah caranya atau adakah itu dianggap satu kenyataan yang agak bertentangan dengan undang-undang syariah dan sebagainya,” katanya, semalam.

Muhyiddin berkata, perbuatan rogol itu sendiri adalah salah dan mereka yang melakukannya sepatutnya dihadapkan ke muka pengadilan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya mendakwa kenyataannya ketika perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dilaporkan tidak tepat.

Menerusi satu kenyataan semalam, Shabudin meluahkan rasa kecewa mengenai laporan media yang menggambarkan seolah-olah beliau menggalakkan jenayah seksual dan menyokong perkahwinan perogol dengan mangsa.

“Saya amat kecewa dan terkejut dengan cara media massa melaporkan perbahasan saya secara tidak tepat seolah-olah saya menyokong perkahwinan perogol dan mangsa ini diambil dari luar konteks, di mana penekanan sebenarnya adalah tentang peruntukan undang-undang sedia ada yang tidak menghalang sebarang perkahwinan dalam usia disebutkan,” katanya memetik sumber Sinar Harian Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");