Sukan Hari Ini

Mirnawan: Peluang Tetap Ada

LEGENDA hoki negara, Datuk Mirnawan Nawawi menyifatkan tiada yang mustahil untuk skuad negara layak ke Piala Dunia 2018 di India walaupun berdepan cabaran getir setelah diundi dengan gergasi dunia di peringkat Separuh Akhir Liga Hoki Dunia dari 15 hingga 25 Jun depan.

Skuad negara yang berada di ranking ke-14 dunia diletakkan dalam Kumpulan A bakal bermain di England bersama pasukan nombor satu dunia Argentina, Korea Selatan (ke-12), China (18) dan tuan rumah yang kini di kedudukan ketujuh dalam Ranking Dunia FIH.

Ujar bekas penyerang hoki kebangsaan itu, beliau percaya peluang negara masih cerah walaupun Malaysia diundi dalam kumpulan maut dalam saingan di London.

“Saya melihat peluang kita tetap cerah walaupun diletakkan bersama pasukan di ranking yang lebih tinggi. Untuk berada di pusingan akhir kita perlu berada di kedudukan keempat Kumpulan A dan kita hanya perlu mengalahkan China untuk berada di kedudukan ini.

“Tapi sudah tentulah untuk lebih mencerahkan peluang kita, saya harapkan kita dapat berada di kedudukan kedua atau ketiga kumpulan untuk menghadapi lawan yang lebih mudah di pusingan seterusnya.

“Sebagai contoh, jika kita menamatkan saingan kumpulan di tempat kedua atau kedua, mungkin kita akan bertemu sama ada India atau Pakistan yang berada di Kumpulan B di suku akhir dan mengelakkan diri bertemu Belanda.

“Bagi saya secara keseluruhan, jika skuad negara menamatkan saingan sebagai enam pasukan terbaik daripada 10 pasukan di London, kita sudah layak beraksi di Piala Dunia 2018,” katanya memetik sumber Sinar Harian.

Katanya, persiapan awal yang dijalankan mampu memberikan keputusan positif di dalam saingan kali ini.

“Persiapan skuad negara sudah bermula sejak tahun lalu lagi untuk saingan Liga Hoki Dunia.

“Selepas kejayaan di Dhaka, pemain sudah menjalani latihan intensif untuk meningkatkan kecergasan dan kekuatan pemain. Selain itu, mereka juga telah didedahkan dengan perlawanan di Eropah dan mereka juga akan menghadapi Piala Sultan Azlan Shah hujung bulan ini.

Bagaimanapun, Mirnawan tetap mengharapkan pemain untuk terus beri fokus dan keutamaan kepada sasaran untuk layak secara merit ke Piala Dunia 2018 di India.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");