Perak Hari Ini

Nazri Cadang Sambutan Vaisakhi Di Taiping Setiap Tahun

TAIPING:Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berharap sambutan perayaan Vaisakhi dapat dijayakan di sini setiap tahun.

“Apatah lagi apabila ia bersempena dengan Tahun Melawat Perak pada tahun ini pastinya acara ini akan menjadi tarikan pelancong ke Taiping pada tahun akan datang,” katanya pada ucapan perasmian Majlis Rumah Terbuka Vaisakhi 2017 di Dataran Warisan, Majlis Perbandaran Taiping di sini hari ini.

Tambahnya lagi, ia juga perlu dijadikan sebagai salah satu acara wajib untuk disambut secara meriah kerana Vaisakhi memiliki keunikannya tersendiri.

“Antara budaya masyarakat Sikh yang unik termasuk ibadah melakukan ‘langar’ atau ‘dapur’ iaitu menghidang dan memberi makanan percuma kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira kaum, agama, kepercayaan dan latar belakang di setiap Gurdwara (rumah ibadat masyarakat Sikh) adalah cukup unik,” katanya.

Turut hadir sama Adun Trong Zabri Abdul Wahid dan Penasihat Kepada Menteri Pelancongan (Hal Ehwal Masyarakat India) Datuk Seri Daljit Singh Dalliwal.

Tambahnya lagi masyarakat Sikh sanggup ke jalan raya hanya untuk memastikan sumbangan sampai kepada golongan yang layak menerima merupakan satu contoh baik kepada semua.

“Ia menerapkan amalan dan supaya bersyukur dengan nikmatnya adalah satu amalan yang cukup baik,” katanya lagi.

Katanya lagi, perayaan ini perlu disambut setiap tahun untuk diketahui umum kerana perbezaannya dengan perayaan kaum India yang kemestiannya diketahui menyambut perayaan Diwali.

“Masyarakat Sikh juga terkenal dengan keberanian mereka menjaga keselamatan negara pada zaman kemerdekaan dahulu dan kini mereka juga terkenal apabila banyak daripada menceburi pelbagai bidang dalam bidang doktor dan peguam,” katanya.

Katanya lagi, kerajaan juga tidak pernah melupai keperluan masyarakat Sikh malah baru-baru ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah menyampaikan peruntukan sejumlah RM200,00 bagi membantu membaikpulih Gurdwara di Sungai Besi yang mengalami kerosakan.

Terdahulu turut berlangsung pelbagai tarian tradisional, persembahan muzik, persembahan Bangra dan kesenian budaya Punjabi memeriah sambutan yang dihadiri sekitar 3,000 orang.

Orang ramai juga turut dijemput memeriahkan MyVaisakhi Fest 2017 pada 29 April di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTic) peringkat kebangsaan anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dengan kerjasama Dewan Perniagaan dan Perindustrian Punjabi Malaysia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");