Jenayah

Polis Maut Kereta Rempuh Bukit

DUNGUN: Seorang anggota polis maut selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum merempuh tebing bukit di Kilometer 339.6, Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) dekat Paka, kira-kira jam 12.15 tengah hari tadi.

Memetik sumber Berita Harian Online, Lans Koperal Mohd Rafshan Jani Mohmad Rafdzi, 33, meninggal dunia di tempat kejadian.

Kereta Honda FD yang dipandu mangsa dari arah Kuantan ke Kuala Terengganu dipercayai terbabas ke kiri jalan sebelum merempuh bukit berhampiran.

Kejadian menyebabkan kereta mangsa terbalik.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Paka, Zulkifli Mohd Ali berkata, lima anggota dengan sebuah jentera dihantar ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat.

“Mangsa sudah meninggal dunia berikutan cedera parah di kepala dan tersepit di tempat duduk belakang.

“Kami mengambil masa kira-kira lima minit sebelum mangsa dapat dikeluarkan menerusi cermin belakang,” katanya.

Zulkifli berkata, jenazah mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");