Isu Panas

PAS Tempelak DAP

BUKIT MERTAJAM: PAS negeri hari ini, menyifatkan Pulau Pinang sebagai ‘Pulau Impian DAP’ apabila kebanyakan pembangunan yang dirangka DAP dilihat akan menjejaskan keseluruhan ekosistem negeri ini.

Memetik sumber Berita Harian Online, Pesuruhjaya PAS negeri, Muhammad Fauzi Yusof, berkata ia susulan tindakan DAP yang merangka pelbagai projek tambakan laut di beberapa kawasan di negeri ini, termasuk pembangunan di kawasan lereng bukit yang sememangnya memberi impak negatif.

Selain itu, katanya, ia jelas dilihat apabila DAP cuba mencampuri urusan pentadbiran Islam di Pulau Pinang, hingga menyebabkan empat fatwa gagal diwartakan Jawatankuasa Fatwa negeri.

“Ini membuktikan pembangunan Pulau Pinang dirangka mengikut cita rasa dan apa yang diimpikan DAP. Ia antara lain akan mewujudkan tekanan dalam kalangan penduduk asal yang sudah lama menetap di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ucaptama di Konvensyen PAS Pulau Pinang di Yayasan An-Nahdoh di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh, Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Omar Hassan dan Setiausaha PAS negeri, Iszuree Ibrahim.

Empat fatwa yang gagal diwartakan itu membabitkan larangan penyertaan peserta Islam dalam pertandingan ratu cantik, hukum menghisap syisha, hukum kanun tanah negeri dan hukum tanah wakaf.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");