Sukan Hari Ini

Penyokong Kelantan Tak Puas Hati Dengan Pengadil

KOTA BHARU – Hampir 200 penyokong Kelantan berkumpul di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, sejurus tamat perlawanan Liga Super, pertemuan Kelantan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), malam tadi.

Sekumpulan penyokong tuan rumah itu berkumpul setelah tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil, Mohd Nazmi Nasaruddin yang mengadili perlawanan tersebut.

Ekoran kejadian itu, anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dikerah mengawal keadaan bagi memastikan tidak ada insiden buruk berlaku.

Bantahan selama 15 minit berakhir tepat jam 11.30 malam setelah penyokong tuan rumah itu bersurai memetik laporan Sinar Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");