Jenayah

Tan Sri, 2 Anak Bebas Dengan Jaminan

PUTRAJAYA: Seorang ahli perniagaan berpangkat Tan Sri dan anaknya yang disiasat berhubung kes mengemukakan tuntutan palsu bagi kerja pengindahan Sungai Melaka, masing-masing dilepaskan dengan ikat jamin RM25,000 serta dua orang penjamin.

Sementara itu, dua lagi yang disiasat berhubung kes terbabit dilepaskan dengan jamin mulut oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan dua orang penjamin.

Perintah itu dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman, hari ini selepas mendengar permohonan SPRM membabitkan keempat-empat suspek terbabit.

Sebelum ini, dua suspek lain yang juga pegawai Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang ditahan bersama empat suspek berkenaan, dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Keenam-enam suspek itu termasuk Tan Sri dan anaknya, direman enam hari sejak 6 April lalu untuk membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu bernilai RM13 juta berhubung pembekalan alat geotube bagi kerja-kerja pengindahan Sungai Melaka sejak 2012.

Akhbar sebelum ini melaporkan keenam-enam individu itu disyaki terbabit dalam tuntutan palsu pembekalan peralatan geotube, iaitu bekas khas yang kebiasaannya diisi pasir bagi menahan aliran air.

Menurut sumber, semua lelaki yang ditahan berusia antara 33 hingga 63 tahun itu membuat tuntutan pembayaran palsu berjumlah RM13 juta bagi pembekalan 358 unit geotube, sedangkan pembekalan dibuat sebanyak 89 unit dengan nilai RM4 juta.

Tindakan itu didalangi empat pegawai JPS terbabit yang didakwa membantu Tan Sri berkenaan selaku pemilik syarikat membekalkan geotube, menyebabkan kerajaan kerugian RM9 juta, memetik sumber Berita Harian Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");