Perak Hari Ini

Perak Warta Fatwa Haramkan Upacara Raja Bomoh

IPOH:Kerajaan negeri menerusi Jabatan Agama Islam Perak (MAIPk) sentiasa memantau kes yang melibatkan ucapara perbomohan Raja Bomoh atau Ibrahim Mat Zin dan sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam usaha menangkap dan membawanya ke mahkamah.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah,Datuk Mohd Nizar Zakaria berkata kerajaan negeri telah mewartakan fatwa mengenai pengharaman upacara perbomohan ‘raja bomoh’ di bawah seksyen 36 dan Seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perak 204 pada Ogos 2015.

“Untuk makluman sebuah kertas siasatan sudah dibuka atas kesalahan dibawah Seksyen 14 iaitu mencela dan menghina Agama Islam” Enakmen Jenayah Syariah Negeri Perak 1992 dan bagi melengkapkan kertas siasatan pegawai penyiasat memerlukan keterangan saksi dan orang yang disyaki,” katanya menjawab soalan tambahan yang diajukan oleh ADUN (Titi Serong – PAS) Abu Bakar Hussian pada sesi pergulungan perbahasan Dewan Undangan Negeri hari ini.

Malah jelasnya berikutan itu, satu surat panggilan telah dikeluarkan kepada Raja bomoh ke alamat kediamannya.

“Namun begitu ketika surat panggilan di hantar ke alamat tersebut Raja Bomoh tiada di lokasi dan ahli keluarga serta jiran tetangga tidak ketahui mengenai lokasi sebenar dia berada malah dia juga tidak hadir memberi keterangan pada tarikh ditetapkan

“Saksi yang memberi keterangan bagi kes ini iaitu merujuk kepada saksi yang memgambil gambar dan video rakaman ucapara perbomohan ini juga tidak berjaya dikenalpasti,”katanya.

Katanya lagi, rakaman ritual perbomohan Ibrahim Mat Zin hanya diperolehi dari Youtube dan tiada saksi yang tampil untuk memberi keterangan berkaitan rakaman itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");