Perak Hari Ini

‘PERMATA On Wheels’ Dapat Sambutan Positif

BIDOR:Pengajuran jelajah Program ‘PERMATA On Wheels’ yang julung kalinya berlangsung hari ini telah memberikan impak yang positif.

Kampung Chang Baru di sini merupakan lokasi pertama penganjuran jelajahnya di tujuh lokasi berbeza seluruh negara.

Program jelajah akan memasuki kawasan pedalaman terutama kampung Orang Asli untuk memberi kesedaran mengenai kepentingan pembelajaran dan pelajaran kepada kanak-kanak berusia bawah empat tahun.

Pelancaran program telah dirasmikan oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah selaku penaung PERMATA di Kuala Lumpur pada Rabu lalu.

Terdahulu sekitar 300 peserta melibatkan ibu bapa dan 30 orang kanak-kanak telah menyertai pelbagai aktiviti disusun oleh pihak PERMATA selama dua hari.

Setiausaha Bahagian PERMATA, Datuk Saidatul Akhma Hassan

Menurut Setiausaha Bahagian PERMATA, Datuk Saidatul Akhma Hassan berkata program jelajah ini  bertujuan membawa program PERMATA ke lokasi yang tidak mempunyai kemudahan pusat asuhan dan taska kanak-kanak.

“Ia salah satu usaha membolehkan kanak-kanak kawasan pendalaman mempunyai pengalaman mengikuti pembelajaran PERMATA Negara.

“Usaha ini menampakkan sesuatu yang positif apabila kanak-kanak dapat menjalankan aktiviti yang dijalankan mengikut kesesuaian dan minat mereka,”katanya ketika ditemui pada program tersebut.

Malah jelasnya pelbagaian program komuniti turut dirangka bagi membolehkan kanak-kanak, remaja dan ibu bapa menyertai aktiviti masing-masing.

“Pengisian buat ibu bapa berbentuk pengisian keibu bapaan seperti ceramah ringkas untuk berkongsi tip ibu bapa dan belajar kemahiran tatarias muka dan pemeriksaan kesihatan serta kemahiran urus diri,”katanya.

Tok Batin Kampung Chang Baru, Alshaain Deraoh

Ujarnya kerjasama melibatkan banyak pihak antaranya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) berkonsepkan turun padang apabila semua pihak mempunyai, keterlibatan dalam setiap aktiviti yang dianjurkan.

Sementara itu Tok Batin Kampung Chang Baru, Alshaain Deraoh menyifatkan penganjuran program itu sesuatu yang baik juga merupakan pertama kali dianjurkan oleh pihak PERMATA khusus untuk anak-anak Orang Asli.

“Ia peluang bagi ibu bapa yang mementingkan masa depan anak-anak mereka selain menimba pengalaman,”katanya.

Malah Alshaain turut berharap ia dijalankan masa hadapan dan dia turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada pihak PERMATA kerana sudi menganjurkan program sebegini di kampung Chang.

Bagi Rosni Seen 35, berharap agar pengajuran program ini tidak terhenti di sini dan diteruskan pada masa hadapan.

“Ia satu program yang baik memberi peluang kepada anak-anak untuk mencungkil bakat dan kebolehan mereka.

“Tanpa pendidikan mereka tidak akan berjaya jadi program ini cukup baik,” katanya.

Program Permata On wheels bakal menjelajah ke lokasi seterusnya di Kampung Simpang Arang dan Gelang Patah pada Mei ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");