Perak Hari Ini

PPU Bantu Usahawan Perak Jana Perolehan Lebih Tinggi

IPOH:Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) mewujudkan Pusat Sehenti atau ‘One Stop Centre’ iaitu Pusat Pembangunan Usahawan (PPU) di Bandar Meru Raya bagi melonjakkan peniaga-peniaga di Perak ke tahap pencapaian perolehan yang lebih tinggi.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Pembanguna Usahawan, Koperasi, NGO dan Masyarakat Sivil, Datuk Samsudin Abu Hassan berkata PPU adalah sebahagian daripada usaha kerajaan di bawah Pelan Tindakan Strategik Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Peniaga kecil 2016 hingga 2020 dimana ia diwujudkan bagi membantu usahawan memasarkan produk-produk industri desa ke pasaran tempatan bagi meningkatkan jualan dan pendapatan mereka.

“Pelbagai jabatan dan agensi berkaitan keusahawan di peringkat Kerajaan Negeri dan Persekutuan terlibat dalam menyediakan pelbagai perkhidmatan di PPU termasuk memberi khidmat nasihat dan informasi serta inisiatif-inisiatif kerajaan dalam membantu usahawan negeri ini.

“PPU juga dapat menyelaras dan melaksanakan program-program latihan dan keusahawanan di antara agensi-agensi berkaitan di peringkat negeri dan kerajaan Persekutuan secara setempat,” katanya pada sesi pergulungan perbahasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini.

Tambahnya lagi, usahawan yang berdaftar dengan PPU bakal mendapatkan akses kepada pasaran eko sistem perniagaan, pemantapan perniagaan melalui penerapan inovasi dan teknologi serta tempat pertemuan dan bertukar buah fikiran sesama usahawan serta agensi bagi mengembangkan rangkaian perniagaan di peringkat tempatan dan juga antarabangsa.

“Latihan-latihan dan program-program keusahawanan juga akan dapat diselaraskan dengan mudah oleh agensi-agensi berkaitan di PPU ini dengan usahawan-usahawan terbabit melalui kerjasama menyeluruh antara kedua belah pihak tanpa birokrasi dan pertindihan peranan dalam melaksanakan program keusahawan di negeri ini.

Jelasnya sebelum PPU diwujudkan usahawan terpaksa pergi ke agensi berlainan di tempat-tempat yang berlainan untuk mendapatkan segala bantuan termasuk latihan malah masalah usahawan dapat diselesaikan dengan pelbagai agensi bersepadu.

“Antara khidmat yang para usahawan dapat diperolehi daripada PPU termasuk pendaftaran perniagaan, khidmat kaunter informasi, maklumat permohonan pembiayaan, perkhidmatan konsultasi perniagaan dan jaringan bantuan perniagaan atau rakan niaga berkaitan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");