Membawang Hari Ini

Primeworks Studio Gantung Tugas Pengacara Sukan Tak Sentral

Ekoran insiden mempersendakan nama ayah dan keluarga Watson Nyambek, Primeworks Studios Sdn Bhd mengambil keputusan menggantung perkhidmatan pengacara rancangan Sukan Tak Sentral, Azizul Ammar Abu Hassan dan krew produksi rancangan tersebut.

Dalam satu kenyataan media, Primeworks Studios menjelaskan, sepanjang tempoh penggantungan, Azizul Ammar turut tidak akan dipanggil untuk mana-mana rancangan terbitan syarikat tersebut.

Awal hari ini pihak pengurusan Primeworks Studios dan stesen TV3/TV9 telah mengadakan pertemuan dengan bekas jaguh pelari pecut negara  itu di Miri, Sarawak.

Rombongan Primeworks Studios diketuai Ketua Pegawi Eksekutifnya, Datuk Ahmad Izham Omar. Turut hadir Azizul Ammar dan penerbit rancangan Abdul Ghani Mohd. Mokhtar.

“Perbuatan mempersendakan nama baik ayah dan keluarga Watson Nyambek adalah salah dan tidak sepatutnya berlaku. Kami akui, perbuatan tersebut telah menyinggung perasaan Watson dan juga masyarakat Malaysia secara amnya.

“Setelah membuat penelitian terhadap kes ini, kita telah mengambil langkah untuk menggantung perkhidmatan Azizul Ammar dan krew produksi dari segala rancangan terbitan Primeworks Studions,” kata Ahmad Izham.

Primeworks Studios turut bersedia memberi kerjasama penuh terhadap laporan polis yang dibuat Watson hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");