Membawang Hari Ini

Rosyam Noor Dipilih Sebagai Idola Pelaburan

Penerbit dan pelakon, Datuk Rosyam Noor hari ini dipilih sebagai Idola Pelaburan sempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2017.

Ketua Pegawai Eksekutif PNB Development Sdn Bhd (PNBD), Mohd Salem Kailany berkata, pemilihan Rosyam bersesuaian dengan objektif MSAM untuk memberi pendidikan kepada orang ramai terutama golongan muda supaya membuat pelaburan demi masa hadapan.

“Sebagai Idola Pelaburan PNBD, Rosyam Nor juga berkongsi pengalaman dalam pelaburan bersama Ketua Pembiayaan Perumahan Maybank Bhd, Abdul Razak Mohd Nordin dan Penasihat Pelaburan Hartanah, Ahyat Ishak untuk Program Santai Labur PNB.

“Program ini sinonim dan menjadi tumpuan ramai dengan pemilihan topik dan ahli panel yang berpengetahuan luas dalam bidang masing-masing.

“Rosyam Noor sendiri mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam kejayaannya mencorak langkah dalam hiburan sehingga menjadi seorang penerbit syarikat dan pengusaha agro.

“Beliau mengusahakan nangka dan durian belanda di Taman Kekal Pengusaha Makanan (TKPM), Lanchang, Pahang selama enam tahun,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Salem berkata, PNBD yang juga syarikat pemaju utama turut terbabit dalam MSAM 2017, yang berlangsung di Temerloh, Pahang, memberikan pendidikan kepada orang ramai mengenai kepentingan membuat pelaburan aset seperti membeli rumah.

Katanya, penyertaan PNBD kali ini mengutamakan projek PNB Value Homes, yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, selain mempromosikan perbandaran Kota Seriemas, Nilai, Negeri Sembilan sebagai pilihan pelaburan kepada pengunjung.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");