Jenayah

Ragut loket emas, penjual ikan dijel 6 tahun 4 sebatan

KOTA BHARU:Padah meragut loket emas bernilai RM30,000 dipakai seorang lelaki, seorang peniaga ikan dihukum penjara enam tahun dan empat sebatan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, semalam.

Hakim, Nazri Ismail menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Mohamad Asmawi Yaacob, 25, mengaku salah terhadap tuduhan yang dikemukakan.

Nazri dalam keputusan itu turut memerintahkan hukuman berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditahan pada 20 November 2016.

Tertuduh didakwa merompak Tan Soo Eng, 45, dengan mengambil loket emas di Jalan Temenggong di sini pada jam 12 tengah hari, 29 Disember 2015.

Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara 14 tahun dan boleh dikenakan denda dan sebat jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Norazlinawati Mohd Arshad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam kejadian lalu, mangsa diragut tertuduh yang menunggang motosikal, sebelum melarikan diri. Rantai lehernya mangsa bagaimanapun terjatuh, namun loket berjaya dilarikan tertuduh memetik sumber Sinar Harian.

Terdahulu, tertuduh memohon hukuman ringan kerana sudah insaf selain perlu menyara keluarga, sebaliknya Norazlinawati memohon hukuman setimpal untuk beri pengajaran kepada tertuduh.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");