Perak Hari Ini

‘Rakan Taman’ Usaha Lestarikan Kehidupan di Bandar

TAIPING:Kerajaan mensasarkan penambahan jumlah ‘Rakan Taman’ di seluruh negara bagi menerapkan langkah menjaga dan memulihara entiti landskap.

 

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata pihak kementerian memberikan peruntukan sejumlah RM5,000 bagi setiap rakan taman yang menjalinkan kerjasama dengan pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di setiap kawasan.

 

“Kini terdapat 225 rakan taman dan kita cuba kembangkan ia di kawasan lain,” katanya dalam satu sidang media pada majlis perasmian Hari Landskap Negara 2017 di Taman Tasik Kamunting di sini hari ini.

Terdahulu, Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir telah merasmikan majlis tersebut yang bertemakan Gerakan Rakan Taman Untuk Kesejahteraan Penduduk Bandar.

Sambutan Hari Landskap Negara merupakan julung kalinya dianjurkan di Perak dan Taman Tasik Kamunting dipilih sebagai lokasi pengajuran oleh kerana keunikan landskap dan sejarahnya tersendiri.

 

“Program rakan taman adalah satu hasrat mewujudkan taman dengan kerjasama pihak PBT untuk menjaga kawasan masing-masing secara sukarela.

“Kita juga ingin menerapkan konsep ‘urban farming’ melibatkan rancangan dengan Kementerian Pertanian dan Asas Tani supaya ada pihak yang bertanggungjawab dalam penyelengaraan kelak,” katanya.

Tambahnya lagi, penduduk bandar terutamanya disaran supaya menggembleng tenaga dan sumber menerusi gerakan taman untuk menjamin kelestarian landskap demi kesejahteraan hidup yang sihat.

 

Rakan Taman telah dilancarkan pada 3 Mac 2013 yang merupakan program kesukarelawan bagi menggalakkan masyarakat melakukan kerja-kerja kesukarelawan untuk memelihara keindahan dan kebersihan kawasan kejiranan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");