Jenayah

Restoran nasi kandar didenda elak cukai

GEORGETOWN: Mahkamah Majistret di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman denda RM4,000 ke atas Pengarah Restoran Kapitan Sdn Bhd selepas mengaku bersalah atas pertuduhan gagal mengemukakan penyata taksiran bagi cukai tahun 2013 dan 2014.

Memetik sumber Berita Harian Online, Majistret Mohd Amin Shahul Hamid yang menjatuhkan hukuman ke atas Abdul Wahab E S Mohamed Hanifa, turut memerintahkan tertuduh dipenjara selama enam bulan, jika gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut kertas pertuduhan, Abdul Wahab gagal mengemukakan kedua-dua penyata dalam Borang C bagi tahun taksiran 2013 dan 2014 kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri bagi syarikat terbabit dalam tempoh tujuh bulan dari tarikh penutupan akaun, iaitu pada atau sebelum 31 Mac 2013 serta 31 Mac 2014.

Dia didakwa mengikut Seksyen 112 (1) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM200 dan maksimum RM2,000 atau boleh dipenjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Hasil Dalam Negeri, Shoba Dorai Rajah, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");