Perak Hari Ini

JKR Pantau Kawasan ‘Hot Spot’ Jalan Ipoh-Lumut

IPOH: Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak sentiasa melakukan pemantauan di sekitar kawasan ‘hotspot’ kemalangan termasuk di Jalan Ipoh-Lumut bagi meminimumkan kemalangan jalan raya di negeri ini.

Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata beberapa tindakan telah diambil dan antaranya dengan menambah bilangan papan tanda dan lampu amaran, mengecat semula garisan jalan serta membaik pulih jalan raya yang rosak.

“Kita tidak terlalu rigid dalam soal ini kerana isu keselamatan merupakan keperluan yang perlu diambil kira kerana kita juga menggunakan peruntukan di peringkat negeri untuk memperbaiki jalan,” katanya semasa menjawab soalan tambahan Yong Choo Kiong (PKR–Tronoh).

Beliau berkata sebagai contoh, kerajaan negeri menggunakan peruntukan untuk membaik pulih Jalan Ipoh-Lumut sepanjang 76 kilometer itu walaupun laluan itu merupakan jalan persekutuan.
 
“Kita memerlukan RM4 juta setahun untuk menyelenggara laluan tersebut berikutan kita tidak mendapat peruntukan yang secukupnya untuk menyelenggara jalan persekutuan daripada Kementerian Kerja Raya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");